Zaid: Saya bukan pembela Cina
Diterbitkan: Dec 3, 2014 5:55 PM | Dikemas kini: Dec 3, 2014 5:56 PM
Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menafikan bahawa beliau seorang pembela Cina.
Beliau berkata, perkara itu malah ditanyakan rakan baiknya berhubung kenyataannya yang dianggap sebagai membela kaum itu.
“Saya bukan pembela sesiapa. Dalam hidup saya, saya ada pengalaman baik dan buruk dengan pelbagai jenis manusia, sebahagian daripadanya orang Cina.
“Saya tidak nampak etnik sebagai penentu perwatakan seseorang. Saya lihat manusia sebagai manusia. Sebahagiannya baik dan sebahagiannya jahat. Semudah itu,” tulisnya dalam blog.
Bagaimanapun, kata Zaid, apabila pemimpin Umno dan perwakilan dalam perhimpunan agungnya membuat kenyataan tidak masuk akal dan berbahaya terhadap orang Cina, beliau terpanggil untuk bersuara.

