Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low tampil mempertahankan kerajaan berhubung kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden yang menyuarakan kebimbangannya berkaitan dengan Akta Hasutan.

Tidak bersetuju dengan kenyataan Biden,  beliau berkata Malaysia adalah sebuah masyarakat yang demokratik di mana rakyat boleh menyuarakan pandangan mereka dalam batas-batas tertentu.

Mengenai Akta Hasutan, Low memberitahu Malaysiakini bahawa undang-undang itu diperlukan untuk melindungi keharmonian di negara ini tetapi mengakui bahawa Akta itu mestilah "ditakrifkan semula".

"Akta Hasutan adalah terlalu luas," jelasnya.

Menteri yang bertanggungjawab dalam bidang integriti itu berkata kerajaan perlu memastikan bahawa penggunaan undang-undang yang dipinda itu dibuat dengan adil.

Awal hari ini, Biden menulis dalam twitter tentang kebimbangan AS mengenai penggunaan Akta Hasutan dan undang-undang lain untuk menekan pembangkang.

[Baca berita penuh/asal]