Dr Subra elak isu kritikan terhadap Palanivel
Diterbitkan: Dec 8, 2014 5:34 PM | Dikemas kini: Dec 8, 2014 5:37 PM
Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam memilih untuk mengelak isu yang membabitkan kritikan terhadap bos partinya, Datuk G Palanivel.
"Anda jawablah soalan itu. Anda wartawan yang bertanyakan soalan itu?" jawabnya ketika ditanya mengenai perkara itu hari ini.
Semalam,
Utusan Malaysia
dalam satu kolumnya menggesa Palanivel meletak jawatan selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan MIC mengadakan semula pemilihan parti itu.
Akhbar milik Umno turut membidas ahli parlimen Cameron Highlands itu, berkaitan ketidakupayaannya untuk menangani bencana di kawasan yang diwakilinya.

