'Kami bukan samseng, Palanivel'
Diterbitkan: Dec 21, 2014 11:31 AM | Dikemas kini: Dec 21, 2014 11:34 AM
Bekas ketua Pemuda MIC T Mohan menafikan bahawa golongan yang berkumpul di luar ibu pejabat parti itu pada 18 Disember lalu sebagai samseng, seperti didakwa ketua parti itu G Palanivel.
Menyifatkan kenyataan Palanivel itu tidak bertanggungjawab, Mohan ( kiri ) berkata pihak yang berkumpul itu adalah anggota parti yang berniat baik.
Dalam kenyataanya semalam, Mohan berkata, peserta protes itu terdiri daripada anggota bahagian, Wanita dan Pemuda.
“Tiada orang luar. Kami sudah hantar surat yang memberitahu akan datang menyatakan bantahan kami.
"Kami juga maklumkan kepada polis berhubung perhimpunan itu.
“Kami hantar pesanan teks kepada semua anggota yang memberitahu tujuan kami berhimpun di ibu pejabat MIC.

