Berita Malaysiakini

Warga British labur RM5j dalam syarikat Azim

Hafiz Yatim  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Seorang warganegara British melabur AS$2.04 juta (RM5.02 juta) dalam firma kontroversi Doxport Technologies (M) Sdn Bhd selepas diperkenalkan oleh dua individu, demikian Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diberitahu hari ini.

Doxport, yang dikaitkan dengan bekas bendahari Umno Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi, mencuri perhatian selepas pelabur British itu memfailkan saman dan membuat laporan polis.

Riyadh Ahmed Ramzan ( kanan ), 47, berkata syarikat Malaysianya Fiscal City Capital Sdn Bhd membuat perjanjian dengan Doxport untuk mendanai pembelian enam sistem suis telefon.

“Perjanjian ditandatangani antara saya dan Ketua Pegawai Eksekutif Doxport Technologies T Sivalingam antara 2008 dan 2009. Saya ketua pegawai eksekutif untuk Fiscal City Capital Sdn Bhd."

Riyadh menjadi saksi pertama memberikan keterangan dalam perbicaraan dakwaan pecah amanah dan penggubahan wang haram terhadap Sivalingam.

Beliau salah seorang daripada 60 keluarga British yang melabur dalam Doxport.

Pelabur lain Doxport yang marahkan perkara itu mengadakan protes di London tahun lalu ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sivaligam satu-satunya pihak yang berdepan dengan pertuduhan jenayah.

[Baca berita asal]