Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang pelabur British memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bahawa beliau bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas bendahari Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi untuk menyelesaikan pelaburan RM5 juta kumpulan syarikatnya dengan Doxport Technologies (M) Sdn Bhd.

Riyadh Ahmed Ramzan, 47, berkata kedua-dua pertemuan itu berlaku pada 2010 kerana beliau mahu mengelak untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah dan mengharungi perbicaraan panjang.

Beliau berkata pertemuan dengan Najib berlangsung di Kuala Lumpur bersama beberapa pegawai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada suatu tarikh pada April 2010, bersama Anggota Parlimen British Nazir Ahmed.

"Kami mahu membawa perkara ini untuk perhatian beliau (Najib) bagi membantu menyelesaikan isu ini secara baik tanpa melalui pertikaian panjang di mahkamah.

"Saya juga bertemu dengan Abdul Azim, yang merupakan pengerusi Doxport Technologies, di London pada Ogos 2010. Beliau kata akan menyiasat perkara ini.

"Saya juga bertemu (timbalan menteri perdagangan antarabangsa ketika itu) Mukhriz Mahathir, juga di London.”

Bagaimanapun, pertemuan itu gagal menyelesaikan isu itu.

Ia mendorong Riyadh membuat laporan polis di Kuala Lumpur terhadap Doxport Technologies.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS