Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: Lima laluan Rapid di Kuantan tutup
Diterbitkan:  Dec 24, 2014 12:40 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan Bas Rapid Kuantan hari ini menutup lima daripada 15 laluannya berikutan banjir teruk sekitar Kuantan.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Kuantan, Zainurul Hakim berkata laluan itu ialah Laluan 100 (Gambang), Laluan 101 (Indera Sempurna), Laluan 102 (Permatang Badak), Laluan 302 (Indera Mahkota 1) dan Laluan 500 (Sungai Lembing).

Beliau berkata satu lagi Laluan 400 (Pekan) telah dilencongkan ke Jalan Sungai Soi-Tanjung Lumpur ekoran laluan Jalan Tanah Putih dinaiki air.

"Namun laluan lain masih beroperasi tetapi dalam keadaan berjaga-jaga.

"Kami akan menghentikan perkhidmatan sekiranya ia membawa risiko kepada penumpang," katanya kepada Bernama .

Zainurul berkata laluan akan dibuka semula apabila keadaan mengizinkan.

Bagi sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi terus talian bantuan Rapid Kuantan 09-5663686.

Kuantan merupakan daerah paling teruk terjejas di Pahang yang menyaksikan 6,231 terpaksa berpindah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS