S'gor digesa pindah projek ternak babi
Kira-kira 100 penduduk kampung di Sepang hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali bagi membantah projek ternakan babi di kawasan tersebut.
Mereka antaranya dari Kampung Tumbuk Darat, Kampung Indah dan Kampung Kundang.
Katanya, sebagai penduduk, dia tidak menghalang projek ternakan itu.
Bagaimanapun, katanya, dia mengharapkan supaya projek itu dibuat ditempat lain berikutan bau busuk yang melanda kampung di kawasan sekitar projek ternakan itu.
"Kita minta supaya dialihkan penempatan itu ke tempat lain. Dan bukan di kawasan di situ. Kerajaan Negeri ada kuasa untuk alihkan projek itu.
"Jadi kita harap dipindahkanlah. Kita bukan menolak projek ini tetapi kita minta dipindahkan ke tempat yang jauh," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap sebelum memorandum di serahkan kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Radzi Razak.

