Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bertahanlah AirAsia, kata MAS
Diterbitkan:  Dec 28, 2014 3:44 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) hari ini menyatakan kebersamaannya dengan syarikat pesaingnya AirAsia supaya “terus bertahan” dengan kehilangan pesawat QZ8501 pagi ini.

MAS di media sosialnya turut menunjukkan setiakawannya dengan memaparkan gambar berlatar belakang warna kelabu dengan tulisan “Stay Strong AirAsia” (Bertahan AirAsia).

Turut dimuatkan pesanan bertulis:

“Ingatan dan doa kami bersama sahabat handai dan sanak saudara mereka yang berada dalam QZ8501”.

Sementara itu syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia juga menukar logo di laman media sosialnya kepada warna kelabu berbanding merah sebelum ini.

Warna logo di Facebook dan Twitter itu ditukar selepas syarikat penerbangan berkenaan mengumumkan mengenai kehilangan pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Pertukaran warna logo turut dibuat terhadap semua laman sosial bersekutu kumpulan AirAsia.

Pesawat AirBus A320-200 milik AirAsia yang membawa lebih 160 orang itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapura.

Sebelum ini, ketika insiden MH370 dan MH17, MAS menggunakan gambar profil di media sosial berwarna kelabu sebagai setiakawan kepada mangsa dan keluarga.

Lihat Komen
ADS