Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta kerjasama 14 lagi individu untuk hadir membantu siasatan berhubung penyebaran berita palsu mengenai bencana banjir yang melanda Pantai Timur.
Menurut kenyataan SKMM, individu berkenaan ialah:
- Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No MyKad: 881026-03-5993)
- Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083)
- Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203)
- Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139)
- Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183)
- Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145)
- El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901)
- Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708)
- Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104)
- Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106)
- Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916)
- Siti Asiah binti Shaary (No MyKad: 931004-03-6154)
- Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303)
- Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258)
Sementara itu, Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata lapan individu yang diminta tampil sebelum ini, telah memberi kerjasama baik dan hadir ke pejabat suruhanjaya itu untuk membantu siasatan.
Beliau berkata SKMM bekerjasama rapat dengan polis dalam siasatan berhubung penyebaran berita palsu itu - Bernama
Berikut ada berita palsu yang menjadi fokus siasatan SKMM
- Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita.
- Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai.
- Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir.
- Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan.
- Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai.
- Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di
- Kelantan.
- Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala
- Krai.
- Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air.
- Bantuan disekat oleh pihak berkuasa.
- Bantuan diterima oleh orang BN sahaja.