Surat: Zahid boleh didakwa, kata peguam
Katanya, jika kandungan surat itu tidak benar, maka terdapat prima facie terhadap menteri itu berkaitan penyalahgunaan kuasa dan mungkin, pelbagai kesalahan lain di bawah Bab XI Kanun Keseksaan - 'Keterangan Palsu dan Kesalahan-kesalahan terhadap Keadilan Awam'.
Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.
Sabtu lalu, peguam Phua, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan berkata Zahid telah menulis surat, yang diterbitkan oleh akhbar Hong Kong South China Morning Post, atas permintaan Shafee.
Zahid dilaporkan menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Paul Phua Wen Seng bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.
Menteri itu juga dilaporkan mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.

