Kementerian tarik balik larangan penerbangan
Kementerian tarik balik larangan penerbangan
4.45pm: Kementerian Pengangkutan Indonesia kini berkata ia telah menarik balik larangan ke atas 16 penerbangan empat syarikat penerbangan.
Katannya, mulai dari sekarang dan seterusnya, semua penerbangan yang tidak mengikut laluan yang dijadualkan, akan dilarang serta-merta.
Tiga lagi mayat dikenal pasti
4.20pm: Tiga lagi mayat telah dikenal pasti hari ini, lapor MetroTV.
Pasukan DVI mengenal pasti Indra Yulianto, 51; Hindarto Halim, 61; dan Jou Brian Youvito, 19.
Ketiga-tiganya adalah warga Indonesia.
Ini bermakna 11 daripada 39 mayat yang ditemui telah dikenal pasti.
4pm: Seorang lagi pegawai lapangan terbang Juanda, Angkasa Pura 1, memberi butiran mengenai penerbangan domestik yang dilarang oleh Kementerian Pengangkutan.
Sekarang, Yuristo Ardi berkata terdapat 16 penerbangan dilarang - lapan dari Lion Air, lima daripada AirAsia dan masing-masing satu dari Wings Air, Trigana Air dan Kalstar.
Ini tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh Pengurus Besar PT Angkasa Pura.
Keluarga tolak tawaran ke laut
3.45pm: Keluarga mangsa nahas QZ8501 menolak tawaran oleh ketua tentera Indonesia untuk membawa mereka ke lokasi nahas untuk melakukan sembahyang dan meletak bunga bagi mengingati mereka yang terkorban.
Mereka sebaliknya mahu usaha mencari mayat mangsa ddijalankan secepat mungkin, lapor detik.com .
3.30pm: Mayat seorang lagi penumpang, Brian Yuvito, 19, telah dikenal pasti, lapor Channel NewsAsia.
Sementara itu, kapal pencari dari Jepun menemui satu lagi mayat, lapor detik.com.
Ini bermakna sembilan mangsa telah dikenal pasti daripada 38 mayat yang telah ditemui.
15 penerbangan domestik dilarang
2pm: Empat syarikat penerbangan telah 'dilarang' daripada membuat 15 penerbangan domestik disebabkan oleh perubahan dalam jadual laluan mereka, kata pihak berkuasa penerbangan Bandara Juanda, lapor detik.com.
Penerbangan itu ialah dua dari AirAsia, lapan dari Lion Air, tiga Sriwijaya, dan dua penerbangan KalStar, semua penerbangan domestik.

