Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Posmen dihukum kerana rosakkan surat
Diterbitkan:  Jan 8, 2015 8:36 AM
Dikemaskini: 12:38 AM

Seorang lelaki, Muhammad Anas Mohd Ishkandar, 19, mengaku bersalah terhadap tuduhan merosakkan 310 pucuk surat Pos Malaysia Berhad yang dalam perjalanan penyalurannya di daerah Rawang.

Dia yang pada ketika itu bekerja sebagai posmen di Pos Malaysia Berhad, dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah (3) Selayang kerana melakukan kesalahan itu pada 15 April 2014 antara pukul 12 tengahari dan 1 petang, di  Jalan Desa 7/1, Bandar Country Homes, di Rawang, Selangor.

 

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama empat jam sehari selama tiga bulan terhadap pesalah. Dia juga dikenakan cagaran dan jaminan sendiri sebanyak RM1,000.

Berdasarkan Perintah Kehadiran Wajib, mahkamah boleh memerintah pesalah untuk menjalani apa-apa kerja buruh, tugas, kerja atau kursus pengajaran yang diperintah oleh Pegawai Kehadiran Wajib.

Kegagalan pesalah untuk mematuhi perintah tersebut, akan menyebabkan pesalah dihadapkan semula ke mahkamah.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Ahmad Zakhi bin Mohd Daud telah membantu di dalam proses pendakwaan pesalah.  

Membakar surat atau merosakkan barang pos yang dalam perjalanan penyalurannya merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 64 (a) Akta Perkhidmatan Pos 2012.

Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS