Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata pengusaha kem khidmat negara tidak akan terjejas dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membekukan program tersebut pada tahun ini.

“Penutupan kem tidak akan jejaskan pengusaha (kem) dan bas yang dibayar secara tetap,” kata Hishammuddin di kepada pemberita di Putrajaya selepas pengumuman Najib hari ini.

“Pelan transformasi kami kekal selama 10 tahun,” katanya.

Katanya lagi, kementeriannya akan mengadakan “makmal” bagi menyusun semula program tersebut.

Terdahulu, Najib mengumumkan program berkenaan akan dibekukan tahun ini sebagai salah satu daripada langkah penjimatan kerajaan ekoran kejatuhan hasil negara susulan kejatuhan harga minyak mentah.

Katanya, langkah tersebut akan melibatkan penjimatan RM400 juta.

[Baca berita asal]