Isu MIC: ROS enggan iktiraf pelantikan baru
Diterbitkan: Jan 20, 2015 11:43 AM | Dikemas kini: Jan 20, 2015 11:50 AM
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mengiktiraf pelantikan baru yang dibuat oleh presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel kerana isu pemilihan semula parti itu masih belum selesai.
Satu surat ROS menjawab demikian kepada setiausaha agung MIC, G Kumar Aaman hari ini, susulan permohonan parti tersebut untuk bertemu jabatan itu.
"ROS tidak berada dalam kedudukan untuk mengiktiraf mana-mana pelantikan baru sehinggalah bantahan mengenai kedudukan Jawatankuasa Kerja Pusat diselesaikan," kata ROS dalam surat tersebut.
Surat berkenaan dilihat oleh Malaysiakini hari ini.
Timbalan presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam mengesahkan ketulenan surat tersebut.

