Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang ADUN PKR memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuching bagi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyemak semula persempadanan semula yang didakwa “tidak mengikut perlembagaan.

ADUN Batu Lintang, See Chee How dalam permohonan semakan kehakiman itu menamakan SPR sebagai responden tunggal.

Beliau mahu persempadanan semula bagi kawasan DUN dan parlimen itu dianggap batal dan tidak sah.

Beliau seterusnya memohon agar Mahkamah Tinggi Kuching turut membuat beberapa perisytiharan termasuk ke atas penerbitan dan makluman SPR untuk menyemak semula persempadanan semula itu.

See mahu mahkamah memutuskan bahawa penerbitan dan makluman itu tidak mengikut peruntukan Jadual 13 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menuntut agar syor yang dicadangkan oleh SPR untuk menyemak semula pembahagian kawasan di Sarawak kepada kawasan parlimen bagi pemilihan ke Dewan Rakyatr sebagai terbatal dan tidak sah.

Beliau mendakwa, cadangan yang disyorkan itu, serta deraf kawasan pilihan raya tersebut tidak mempunyai butiran lengkap.

Deraf tersebut dipamerkan untuk semakan awam bermula 5 Januari hingga 4 Februari.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS