Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lamaran jadi tragedi, wanita jatuh cenuram
Diterbitkan:  Jan 30, 2015 11:21 AM
Dikemaskini: 6:45 AM

Seorang wanita yang menyambut lamaran kekasihnya maut apabila jatuh daripada cenuram di satu kawasan di kepulauan Ibiza, selepas teman lelakinya melamarnya.

Polis menyiasat insiden itu yang dipercayai di mana Dimitrina Dimitrova, 29, itu hilang keseimbangan badan kerana melonjak kegembiraan selepas teman lelakinya melamarnya berkahwin.

Wanita Bulgaria itu dipercayai mengalami serangan jantung terjatuh cenuram itu setinggi 65 kaki di resort Cala Tarida, di kepulauan itu, lapor portal berita The Independent yang memetik MailOnline.

Laporan itu menyebut, paramedik yang tiba ditempat kejadian pada Selesa, mendapati Dimitrova masih hidup, tetapi meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Laporan itu menyebut dengan memetik sumber berkata teman lelaki Dimitrova adalah pelayan yang bekerja di pulau itu dan dia menemuinya dua hari lalu untuk mencari kerja sebelum meninggal dunia.

Lihat Komen
ADS