Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nooh Gadut: Jangan tempah tiket masuk neraka
Diterbitkan:  Feb 2, 2015 12:19 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Perbuatan segelintir masyarakat yang sengaja menyebarkan berita palsu melalui pelbagai saluran media amat ditegah oleh agama dan boleh dianggap menempah tiket ke neraka.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot menegaskan tindakan itu boleh menimbulkan kekacauan kepada manusia dan menunjukkan ciri-ciri orang munafik, lapor Utusan Malaysia hari ini.

"Sesungguhnya orang munafik tempatnya adalah neraka paling bawah sekali. Tidak takutkah mereka dengan dosa dan azab tuhan? Mungkin mereka lupa dunia ini ibarat roda, sampai saat mereka berada di bawah nanti mereka akan rasa.

"Apa salahnya mereka turun padang dan melihat sendiri situasi yang dihadapi di sana. Bukan hanya sebarkan maklumat tidak benar. Jangan tempah tiket ke neraka,” Nooh Gadot dilaporkan sebagai berkata.

Beliau mengulas tindakan segelintir masyarakat yang sengaja menyebarkan cerita palsu dan negatif di laman sosial dan aplikasi WhatsApp antaranya bencana banjir, bantuan disekat, menyembunyikan fakta kematian mangsa banjir dan fakta berbaur hasutan untuk mecetus kebencian.

Dalam laporan yang lain, Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul wahab mengesahkan peningkatan kes penyebaran maklumat palsu meningkat sebanyak 12 peratus kepada 11,918 kes pada 2014, berbanding 10,636 kes pada 2013.

Laporan itu menyebut beliau berkata kes tersebut bersama kes penipuan dan penggodaman internet dianggap semakin berleluasa dalam negara dan ia perlu dikawal kerana boleh mengancam keselamatan negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS