Tandas tersumbat ubi, lelaki beri amaran api
Diterbitkan: Feb 2, 2015 3:57 PM | Dikemas kini: Feb 2, 2015 10:22 PM
Jangan tiru gelagat lelaki ini.
Apabila tandasnya tersumbat dengan ubi kentang, dia memberi amaran kebakaran di pangsapurinya di Delaware County, Pennsylvania.
Akibatnya, pihak berkenaan mengarahkan bangunan tiga tingkat itu dikosongkan sementara menunggu polis dan jabatan bomba menyiasat, lapor portal NBC Los Angeles hari ini.
Lelaki yang belum dikenali itu membunyikan sistem amaran kebakaran pada jam 7.48 pagi Ahad (waktu tempatan), polis dilaporkan berkata.
Setelah menyedari kejadian itu bukan kecemasan, pihak berkuasa menahannya kerana memberikan amaran palsu dan akan mendakwanya di mahkamah.

