Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penari bogel desak suasana kerja selamat
Diterbitkan:  Feb 2, 2015 7:26 PM
Dikemaskini: 1:18 PM

Penari-penari bogel di Oregon, Amerika Syarikat, menuntut suasana kerja yang lebih baik dan selamat.

Kali ini mereka terpaksa bekerjasama dengan penggubal undang-undang dan pelobi profesional.

Namun, desakan mereka ini tidak mudah dipenuhi.

Tuntutan mereka termasuklah pentas yang bersih, struktur tiang yang stabil, dan keselamatan diri yang mencukupi.

Mereka juga menuntut piagam hak-hak mereka dipamerkan dan talian aduan tentang pelanggaran hak tersebut.

Ramai wanita muda yang baru terjun bidang tersebut tidak mengetahui hak mereka dan mudah diperalatkan, lapor agensi berita Associated Press hari ini.

Tanpa mengetahui hak-hak, mereka tidak sedar sama ada tuntutan daripada majikan itu melanggar undang-undang atau tidak wajar.

Bekerja selama lima tahun di Lucky Devil Lounge, Elle Stanger mendakwa pengurusan pusat hiburannya tidak mengambil berat.

Beliau juga berkata berdepan dengan masalah jika bercakap secara terbuka, lapor agensi berita itu lagi.

Laporan itu menyebut, masalah-masalah yang dihadapi mereka antaranya bangunan usang dan tidak terurus dan penari tercedera kerana terkena pecahan kaca dan juga sistem pendawaian yang teruk.

"Kami hanya mahu mendapat tempat kerja yang mengutamakan piawaian keselamatan yang minima," katanya, yang juga penolong editor majalah Exotic , majalah berkaitan industri seks.

Agensi berita itu juga menyebut, kebanyakan pemilik kelab mengambil berat keperluan penari bogel, kata Claude DaCorsi, pengendali sebuah kelab lain dan pemimpin Persatuan Eksekutif Kelab.

"Di sini kami melindungi para penghibur," katanya.

"Merekalah sebab persatuan ini diwujudkan."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS