Mangsa banjir S'wak turun 818 setakat 9 pagi
Diterbitkan: Feb 4, 2015 11:00 AM | Dikemas kini: Feb 4, 2015 11:07 AM
Sejumlah 195 orang mangsa banjir di Sarawak telah pulang ke rumah masing-masing dan hanya 818 masih berada di pusat pemindahan setakat pukul 9 pagi tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara di Sarawak ketika dihubungi berkata jumlah tertinggi mangsa banjir, iaitu 671 orang di Bahagian Sibu yang di tempatkan di sebuah pusat pemindahan di Daerah Selangau.
Bahagian Betong masih menempatkan 97 mangsa daripada 19 keluarga di sebuah pusat pemindahan sementara Bahagian Mukah menmpunyai 50 mangsa daripada 19 keluarga di sebuah pusat pemindahan.
-Bernama

