Ismail: Tiada sebab saya perlu mohon maaf
Diterbitkan: Feb 4, 2015 2:00 PM | Dikemas kini: Feb 4, 2015 2:04 PM
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sebab untuk beliau memohon maaf berhubung kenyataan berhubung gesaan memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
Ismail Sabri berkata beliau telah menjelaskan dalam tulisan lain di Facebooknya bahawa tindakan sama harus diambil terhadap peniaga Melayu dan India yang bersikap sama.
“Saya hanya kata, 'dikatakan' dan bahawa majoriti peniaga adalah kaum Cina," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

