mk-logo
Berita
Syarikat M'sia kurang ajar, kata gabenor Jakarta
Diterbitkan:  Feb 4, 2015 9:40 AM
Dikemaskini: 1:10 PM

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama mengecam tindakan syarikat alat pembersih rumah Malaysia yang menggunakan perkataan "fire your Indonesian maid" (pecat pembantu rumah Indonesia) di iklan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ahok itu berkata, iklan itu menghina pembantu rumah Indonesia dan “kurang ajar”.

"Tidak boleh berkata 'pecat' begitu sahaja.

"(Guna perkataan) 'Fire your Indonesian maid' (pecat pembantu rumah kamu) itu sangat kurang ajar!" beliau dilapor sebagai berkata oleh Metrotvnews .

Basuki berkata, beliau menyarankan supaya perkara tersebut diselesaikan oleh pemimpin negara Indonesia dan Malaysia.

Ini kerana, katanya, perkataan di iklan tersebut dikhuatiri dapat merenggangkan hubungan dua negara.

Menteri M'sia dihubungi

Sementara itu, Menteri Tenaga Kerja Indonesia Hanif Dhakir pula dilapor menghantar pesanan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berhubung isu tersebut.

Hanif berkata, beliau menghantar pesanan kepada  Richard ( bawah ) untuk memberitahu  bahawa rakyat Indonesia tidak suka dengan iklan tersebut.

Katanya, beliau juga telah meminta Richard supaya mengambil tindakan tegas ke atas syarikat terbabit, lapor Tempo .

 

Bagaimanapun, ketika diminta untuk meminta maaf berkaitan iklan itu, Hanif berkata, Richard memberitahu bahawa ia tidak boleh terus dilakukan dan perlu diselidiki dahulu.

"Kalau (berdasar) jawapan dari menteri Malaysia, mereka akan membantu kita.

"Kerana pemimpinnya juga tidak tahu (isu itu), mereka akan selidik dulu. Mereka tidak boleh terus meminta maaf," katanya lagi.

NGO: Pekerja bukan barang

Selain pemimpin Indonesia, NGO hak pekerja juga membangkitkan perkara sama dan mahu Presiden Indonesia Joko Widodo menegur Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

"Iklan tersebut memberi tanggapan bahawa tenaga kerja Indonesia kita seperti barang atau lebih rendah lagi (daripada barang)," kata Migrant Care.

Malaysiakini sudah menghubungi syarikat yang mengeluarkan alat pembersih rumah tersebut bagi mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun masih tiada respon berkaitan setakat ini.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini