Neo-Nazi silap kereta api, demo batal
Satu kumpulan neo-Nazi terpaksa membatalkan perhimpunan mereka kerana anggota mereka menaiki tren yang salah – sehingga melencong 200 kilometer dari destinasi sepatutnya.
Portal berita Turki yang memetik laporan agensi DoÄan News melaporkan, kumpulan German National Democratic Party (NPD) itu pada asalnya merancang untuk berhimpun di Freiburg, di tenggara Jerman.
Perhimpunan itu dilaporkan bagi membantah dasar pekerjaan Jerman yang menghalang anggota mereka daripada bekerja sebagai penjawat awam.
Anggota tersebut dihalang daripada menduduki satu peperiksaan akhir bagi penilaian untuk pengajian pengurusan awam disebabkan keahliannya dalam NPD.
Kumpulan anggota NPD yang tersilap destinasi itu pula pada 1 Februari lalu berlepas dari Karlsruhe menuju ke Mannheim – di arah bertentangan.
Susulan itu, penganjur terpaksa membatalkan acara tersebut pada hari yang sama, kerana jumlah peserta yang mengecewakan.
Pembatalan itu disambut dengan sinis oleh timbalan datuk bandar Freiburg yang berkata: “Kami tidak merindui mereka”.

