Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali enggan mengulas berhubung keputusan PAS untuk tidak mendedahkan 'rang undang-undang hudud' sehingga ia dibentang.

Katanya beliau mahu menunggu untuk mendengar sendiri daripada PAS dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Ahad ini sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Saya tidak mahu membuat kesimpulan sekarang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

PAS merancang meminda Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan membentangkan rang udang-undang persendirian di parlimen bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan.

Sementara itu, The Malay Mail Online melaporkan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob sebagai berkata DAP dan PKR hanya akan dapat melihat cadangan pindaan itu selepas ia dibentang.

Ketua Umum PKR Datuk Seri  Anwar Ibrahim sebelum ini meminta PAS mendedahkan perkara itu dalam mesyuarat lusa ini.

[Baca berita asal]