Memang wanita di Brazil ini bernasib baik. Beliau terselamat walau sebutir peluru terkena bahagian jantungnya - mujurlah terdapat besi di kiri colinya.

Rangkaian TV Globo melaporkan, Ivete Medeiros, seorang peniaga di daerah Amazon, terkena peluru itu apabila dia sedang keluar dari pasar setelah terdengar kekecohan.

Perompak yang sedang menahan seorang pejalan kaki di situ tiba-tiba melepaskan tembakan dan terkena buah dada kiri Medeiros, lapor agensi berita Associated Press hari ini.

Suami wanita itu berkata beliau sangka isterinya telah mati.

Rupa-rupanya peluru itu terlekat di bahagian berdawai coli hitamnya.

Laporan berita semalam menunjukkan pakaian Medeiros yang berlubang kecil, coli dan peluru tersebut.

Medeiros memberitahu Globo bahawa Tuhan telah menyelamatkannya.

Woman says bra saved her from strange bullet http://t.co/lFiPH7IdrS

— HuffPost Weird News (@HuffPostWeird) February 6, 2015