Zhang Ziyi dilamar, drone bawa cincin
Aktres jelita China Zhang Ziyi akan menamatkan zaman bujangnya selepas teman lelakinya mengguna drone untuk melamarnya, lapor media negara itu.
Pada parti hari jadi Zhang ke-36, pasangannya Wang Feng, yang juga seorang pemuzik, menggunakan drone putih bagi membawa cincin berlian sebelum melutut kepada pelakon itu, lapor BBC pada Ahad.
Zhang dilapor menjawab lamaran itu dengan "Ya" sambil berlinangan air mata.
Beliau menerima tepukan tetamu yang hadir.
Zhang terkenal dengan wataknya dalam filem-filem aksi seperti Crouching Tiger Hidden Dragon, The Grandmaster, dan House of Flying Daggers.
Laporan juga menyebut, sehari selepas dilamar, Zhang memuat naik ke laman sosialnya gambar percikan bunga api dan dengan perkataan "saya terima".
Pasangannya adalah bintang rock popular di China dan pernah berkahwin sebanyak dua kali, lapor BCC lagi.

