mk-logo
Berita
Kakitangan BTV berdemo tuntut gaji
Diterbitkan:  Feb 11, 2015 12:15 AM
Dikemaskini: 6:04 AM

Seramai kira-kira 20 kakitangan Bernama TV mengadakan perhimpunan aman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur  semalam bagi menuntut bayaran tunggakan gaji dari majikan mereka.

Para peserta tersebut antara lainnya membawa kain rentang dengan slogan “Mana Shabery”, merujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) .

Sebahagian daripada saham Bernama TV dipegang oleh agensi berita nasional Bernama, yang terletak bawah bidang kuasa menteri tersebut.

Seramai kira-kira 140 kakitangan diarah bercuti kerana Bernama TV tidak mampu menanggung bayaran gaji mereka.

Gaji terakhir yang diterima adalah pada 24 Disember.

Bernama TV dimiliki oleh Bernama TV Synergy Bhd, dengan pegangan 33 peratus oleh Bernama. Selebihnya dimiliki oleh pemegang saham swasta.

Para peserta itu turut membangkitkan isu sama yang dihadapi oleh pekerja separuh masa di stesen penyiar nasional, RTM.

Ada di kalangan kakitangan separuh masa RTM itu terpaksa menjual kelapa dan bekerja di restoran makanan segera dan menangguhkan rancangan untuk mendirikan rumah tangga kerana masalah bayaran gaji.

Seorang daripada peserta perhimpunan semalam membawa plakad dengan slogan: "BTV, RTM, Lawan tetap lawan".

Selain itu,  Astro Production - anak syarikat penyedia televisyen berbayar Astro - juga dilaporkan telah memberhentikan seramai 60 kakitangan mereka dengan notis 24 jam.

[Baca berita penuh/asal]

 

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini