'Menteri mengarut kata guru Sarawak tak layak'
Kenyataan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh bahawa kekurangan guru di sekolah-sekolah di Sarawak berpunca daripada kurangnya tenaga pengajar tempatan berkelayakan mengundang kritikan.
Bekas ketua Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sanjan Daik berkata kenyataan itu “mengarut”.
Idris ( kiri ) pada Ahad berkata Sarawak memerlukan 2,432 guru untuk mengisi kekosongan di sekolah-sekolah di Bumi Kenyalang itu tetapi hanya 601 calon sahaya layak setakat ini.
“Jika Jabatan Pendidikan serius mahu berikan peluang setara untuk rakyat Sarawak menjadi guru, mereka harus pastikan jumlah betul orang tempatan dipilih untuk menjalani latihan di pelbagai pusat di negara ini,” kata Sanjan.
Setiausaha politik kepada anggota parlimen Kuching Chong Chieng Jen itu juga berkata pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sarawak sama cemerlang dengan rakan mereka di semenanjung.

