Kuasa besar persoal kehakiman Malaysia
Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kanada melahirkan kebimbangan terhadap hukuman penjara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka juga mempersoal keadilan sistem kehakiman negara ini.
Jurucakap Rumah Putih Bernadette Meehan berkata AS “sangat bimbang” dengan sabitan kes terhadap Anwar dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.
“Kebimbangan ini ditambah lagi dengan tindakan kerajaan memperluaskan undang-undang hasutan, yang perdana menteri berjanji untuk memansuhkannya sebelum ini, bagi mendakwa di mahkamah pengkritik kerajaan,” katanya.
Meehan mengingatkan Malaysia terhadap perkongsian kedua-dua negara.
Beliau juga menegaskan komitmen AS untuk mengembangkan kerjasama serta berkongsi cabaran keselamatan dan ekonomi.
“Dalam konteks ini, kami gesa Malaysia untuk gunakan kedaulatan undang-undang dengan adil, telus dan tidak berunsur politik untuk mempromosikan keyakinan terhadap demokrasi Malaysia, kehakiman dan ekonominya.

