Polis mendapat perintah reman tiga hari terhadap kartunis Zunar yang ditahan malam tadi ekoran tweet mengecam pihak “berjubah hitam” selepas kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Zunar disiasat bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan ekoran tweet yang dibuat selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.

Tulisan di Twitter itu berbunyi: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.”

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar malam tadi memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menujukan tweet itu kepada semua hakim di seluruh dunia dan tidak spesifik pada pihak tertentu.

[Baca berita asal]