Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita berjalan di KL dengan telanjang bulat
Diterbitkan:  Feb 11, 2015 10:18 PM
Dikemaskini: 2:22 PM

Polis menahan seorang wanita warga Indonesia, dipercayai kurang siuman, yang berjalan dalam keadaan bogel di ibu kota Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata wanita berusia lingkungan 20-an itu kemudian diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan mental.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, wanita itu berjalan dari Masjid Negara ke Kampung Attap sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu.

"Kami mendapat maklumat berkenaan daripada polis trafik yang bertugas ketika kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama .

Beliau berkata hasil siasatan ke atas wanita berkenaan, polis mendapatinya mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Baru-baru ini sebuah video berdurasi 12 saat menjadi viral di laman sosial WhatsApp yang memaparkan seorang wanita bogel berjalan di tengah-tengah jalan raya di ibu kota.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS