Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis rampas buku Zunar mengenai Rosmah
Diterbitkan:  Feb 14, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 5:27 PM

Polis telah merampas buku karya terkini kartunis politik Zunar, yang mengandungi karikatur isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak – Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih seratus nashkah buku 'Ros in Kangkung Land' telah dirampas selepas polis menahan van yang mengangkut buku-buku itu.

Buku-buku itu sepatutnya dihantar ke Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya di mana Zunar akan melancarkannya petang ini.

Ketika dihubungi, Zunar - atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque – berkata beliau sedang berjaga-jaga kemungkinan polis akan menangkapnya lagi.

Namun demikian, Zunar berkata beliau tidak akan berhenti menghasil buku-buku baru dan kartun yang lebih keras lagi.

Menurutnya, pihak polis masih belum memberitahunya mengenai tindakan mereka yang seterusnya.

Zunar telah ditahan reman selama tiga hari di lokap Dang Wangi selepas ditangkap kerana didakwa menghasut pada hari Selasa. [Baca berita penuh/asal]

Sementara itu, walaupun dia telah menghabiskan masa tiga hari di penjara, namun tidak semuanya mudah untuk kartunis Zunar, yang terpaksa tidur di atas papan kayu ketika ditahan di lokap balai polis Dang Wangi.

 

Zunar berkata tidak ada tilam sementara untuk dia baring pada waktu malam.

Kartunis politik itu berkata dia tidak berhak ditempatkan di lokap, lebih-lebih lagi berkongsi sel dengan 15 penghuni lain yang dikatakan penjenayah tegar, ramai daripada mereka dikatakan perompak dan pencuri.

Bagaimanapun, tahanan lain tidak bersikap bermusuhan terhadapnya kerana penghuninya "menghormati satu sama lain", katanya kepada Malaysiakini selepas dibebaskan semalam.

 

Dia juga memuji anggota polis ketika di lokap, dengan menganggap mereka sebagai "kumpulan orang yang baik yang hanya menjalankan tugas mereka" dan telah melayannya dengan baik. [Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS