Sekumpulan kaum keluarga penumpang MH370 dari China tidur di luar ibu pejabat Malaysia Airlines (MAS) malam tadi, dengan mendakwa syarikat penerbangan itu tidak menawarkan tempat penginapan untuk mereka.

 

Warganegara China itu, yang ahli keluarga merupakan penumpang pesawat yang hilang itu pada 8 Mac tahun lepas, telah mengadakan protes di luar ibu pejabat MAS sejak petang Khamis.

 

Menurut penyelaras kumpulan itu, yang mahu dikenali sebagai 'Kelly, kaum keluarga berkenaan berkata MAS mengabaikan kebajikan mereka semasa mereka berada di Malaysia.

 

"MAS tidak berperikemanusiaan dan sama sekali tidak prihatin atau cuba menempatkan kami di suatu tempat," kata Kelly, yang kehilangan suaminya, kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

 

"Sementara menunggu jawapan daripada MAS terhadap petisyen kami, saya rasa MAS perlu menempatkan kami di suatu tempat yang sesuai," kata Kelly lagi.

[Baca berita penuh/asal]