Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah sampai sumbangan mangsa banjir
Diterbitkan:  Feb 16, 2015 4:15 PM
Dikemaskini: 8:20 AM

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghulurkan sumbangan barangan kepada lebih 5,000 mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan

Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat hari ini.

    

Sumbangan itu disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri perdana menteri.

    

Mangsa banjir itu termasuk penduduk kawasan berkenaan, guru dan pelajar yang terjejas akibat bencana yang berlaku pada Disember tahun lepas.

    

Antara barang yang mereka terima ialah baldi, tuala, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi dan peralatan persekolahan.

    

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Pandu Puteri Kelantan Datin Nik Azizah Nik Yahya, Yang Dipertua Pandu Puteri Perak Raja Puan Besar Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah.

Hadir sama anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Abd Aziz.

    

Terdahulu, Rosmah menyampaikan bantuan yang sama kepada 15 orang penduduk di Kampung Tanjong Kuala di Tumpat.

    

Beliau turut menziarahi seorang penduduk Che Mod Ismail, 53, yang kehilangan rumahnya akibat banjir itu.

    

Sementara itu, Mat Razi ketika ditemui selepas majlis berkenaan, berkata beliau dan penduduk yang terjejas akibat banjir berterima kasih kepada pihak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atas sumbangan mereka.

    

Beliau berkata mangsa banjir di kawasan DUN itu berbangga dengan keprihatinan isteri perdana menteri menghulurkan sumbangan berkenaan kepada mereka.

    

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS