Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rahsia orang panjang umur seluruh dunia
Diterbitkan:  Feb 16, 2015 7:00 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Tidak ramai orang dapat hidup lebih daripada 100 tahun.

Tetapi bagi yang berjaya mencapai umur tiga angka, apakah sebenarnya rahsia mereka? Apakah pemakanan dan gaya hidup mereka?

Adakah mereka menggunakan ubat-ubatan khas dan mahal.

Mendengar kisah manusia berumur panjang, jangan terperanjat apabila rahsia mereka itu kadang-kadang hanya perkara biasa seperti makan telur ayam dan mengayuh basikal.

Bagaimanapun, terdapat juga rahsia aneh dan tidak masuk akal seperti bermain Bingo dan bermain teka silang kata.

Ikuti apa kata manusia yang berumur lebih 100 tahun di pelbagai pelosok dunia, seperti dilaporkan The Independent :

Misao Okawa - 116

Menjadi orang paling tua di dunia, Okawa, akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-117 bulan depan. Okawa, daripada Jepun, berkata beliau hanya mengamalkan makan sushi dan tidur lapan jam setiap malam.

Sakari Momoi - 112

Menjadi lelaki paling tua di dunia, Momoi berkata beliau tiada apa-apa rahsia tetapi cuma kerap bersenam, makan secara sederhana dan tidak minum arak.

Gertrude Weaver – 116

Beliau lahir pada hari kemerdekaan Amerika Syarikat pada 1898. Bagi Weaver, baik hati menjadi kunci panjang umur. “Layan orang lain dengan betul dan baik,” katanya.

Emma Morano - 115

Emma Morano, daripada Itali, memegang rekod sebagai orang paling tua di Eropah. Rahsianya memakan beberapa biji telur mentah sehari sejak remaja. Beliau pada mulanya mengamalkan petua itu untuk merawat penyakit anemia.

Jesse Gallan - 109

Wanita tertua di Scotland itu baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-109 pada bulan lepas. Beliau amalkan makan bubur dan tidak berumah tangga.

Robert Marchand - 103

Lelaki Perancis ini gemar menunggang basikal. Pada umur 103 beliau masih memecahkan rekodnya sendiri dengan mengayuh sejauh 17 batu dalam tempoh sejam.

Milly Smith - 100 tahun

Warga London itu berkata bermain Bingo dan menyelesaikan teka silang kata menjadi rahsia umur panjangnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS