Sekumpulan kecil penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan kepada ketua pembangkang yang keluar sebentar daripada penjara.

Mereka berkumpul sedikit demi sedikit sejak awal pagi sebelum mencecah angka hampir 50 orang menjelang tengah hari.

Penyokong tersebut membawa sepanduk bertulis “Bebaskan Anwar” di luar perkarangan mahkamah sambil bersorak “Reformasi” dan “Lawan tetap lawan”.

Mereka juga bersorak dan mengiringi kereta penjara yang membawa Anwar kira-kira 15 meter.

Anwar tiba hampir jam 10 pagi dan dibawa keluar daripada kompleks itu kira-kira sejam selepas itu.

Keluarga Anwar turut hadir.

Anwar hari ini dibawa ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnahnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.