1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah memutuskan untuk tidak lagi melaksanakan projek-projek baru, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulannya. Arul Kanda, selepas kajian semula strategik perniagaannya.

Beliau berkata, syarikat tersebut kini akan memberi tumpuan kepada perniagaan terasnya dan tiada projek atau pelaburan baru akan dilaksanakan.

Seterusnya, kata beliau, tiada sebarang hutang baru akan diperolehi kecuali untuk membiayai semula hutang sedia ada, bagi memenuhi tanggungan yang sedia ada, dan/atau projek asas kewangan, seperti yang diperlukan.

Arul menegaskan demikian dalam satu kenyataan rasmi.

Syarikat tersebut menjadi sasaran kritikan sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerana hutangnya yang besar - sehingga RM42 bilion pada Mac 2014.

Minggu lepas, syarikat itu menyelesaikan hutang RM2 bilion kepada beberapa bank. Pinjaman ini telah dilanjutkan beberapa kali.

1MDB merupakan sebuah syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Terdapat khabar angin yang kuat, tetapi telah disangkal oleh 1MDB sebagai "spekulasi", bahawa hartawan telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan dalam rundingan untuk menyelamatkan 1MDB.

MP Pandan Rafizi Ramli semalam berkata kemungkinan rundingan 1MDB-Ananda tidak berhasil, dan mendakwa Putrajaya telah melangkah untuk menyelamatkan 1MDB melalui satu siri bil perbendaharaan berjumlah RM2.1 bilion yang diterbitkan oleh Bank Negara.

Setakat ini, 1MDB tidak mengeluarkan sebarang jawapan rasmi terhadap pertanyaan KiniBiz mengenai dakwaan Rafizi itu.

Dalam satu kenyataan mengenai kajian strategik 1MDB, Arul mengakui bahawa menangani hutang yang besar 1MDB itu, merupakan satu isu yang kritikal.

 

Beliau berkata, pihaknya menyedari bahawa struktur modal dibiayai hutang tidak lagi sesuai bagi syarikat itu, dan berhasrat untuk mengambil langkah bagi memastikan 1MDB dan entiti yang berdiri sendiri adalah kedudukan yang baik untuk membayar hutang dan memenuhi obligasi infrastruktur.

 

Presiden 1MDB itu juga berkata bahawa terdapat keperluan untuk lebih mengimbangi secara langusng aset 1MDB dan aliran tunai.

 

[Baca berita penuh/asal]