Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mati lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di Tanjung Bungah, di Geroge Town hari ini.

Ong Jing Jie dikatakan berada di dalam kolam dewasa berkenaan bersama ibu dan bapanya pada pukul 10 pagi sebelum didapati lemas kira-kira 30 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata jurulatih kolam renang itu telah menegur ibu bapa kanak-kanak berkenaan, namun tegurannya tidak diendahkan.

"Menurut ibu bapa kanak-kanak itu mereka tidak menyedari mangsa telah lemas kerana kejadian berlaku pantas," katanya dalam kenyataan di George Town hari ini.

Beliau berkata keluarga berkenaan datang dari Skudai, Johor untuk bercuti di negeri ini dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS