Nik Nazmi pula ditahan polis
Diterbitkan: Feb 22, 2015 10:27 PM | Dikemas kini: Feb 23, 2015 9:10 AM
Exco Pendidikan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini ditahan polis di rumahnya di Shah Alam.
Pemimpin PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini bahawa Nik Nazmi dibawa ke balai polis Jinjang, Kuala Lumpur.
“Mungkin berkaitan demo semalam, tapi belum ada pengesahan,” katanya.
Dalam perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur semalam, aktivis mahasiswa Adam Adli dan pemimpin PKR ditahan polis.
Nik Nazmi bagaimanapun terlepas selepas berlaku pergelutan dengan polis ketika itu.

