Sekumpulan lelaki memakai skirt di jalan Istanbul sebagai membantah kematian seorang gadis berusia 20-an dalam percubaan rogol di Turki.

Penunjuk perasaan ini sebahagian siri protes besar di beberapa kota utama negara itu susulan pembunuhan ngeri Ozgecan Aslan, pelajar yang diculik oleh seorang pemandu bas dengan niat merogol.

Foto-foto lelaki berpakaian skirt turut disebarkan melalui media sosial, lapor The Independent semalam.

Turkish men are wearing miniskirts to campaign for women's rights http://t.co/TqiJh7pQIA pic.twitter.com/02C7VZNIKk

— i100 (@thei100) February 22, 2015

Sementara ribuan lagi aktivis hak asasi wanita negara itu turut berdemonstrasi di Ankara dan Mersin, bandar di selatan tempat mayat gadis itu ditemui mati terbakar Jumaat lepas.

Penyiasat percaya Ozgecan Aslan ditikam dan dipukul di kepala dengan batang paip apabila mangsa cuba melawan dengan semburan serbuk lada.

Tiga lelaki ditahan polis: pemandu bas, bapanya dan seorang rakannya.

Pembunuhan itu menimbulkan kemarahan meluas di negara itu. Presidennya Recep Tayyip Erdoğan menelefon keluarga Ozgecan Aslan untuk menyampaikan ucap takziah, lapor BBC News .

The pictures that show Turkey will no longer stand for sexual violence http://t.co/tcuIjm8KHI pic.twitter.com/SZBfxj3Zj4

— The Independent (@Independent) February 18, 2015