Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom enggan mengulas berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan dan meminta supaya merujuk perkara itu kepada kerajaan negeri.

Ketika ditanya lagi apakah saranan beliau apabila PAS mendapat tekanan daripada DAP untuk melaksanakan undang-undang itu, ahli Parlimen Jerai itu meminta supaya bertanyakan perkara itu kepada DAP.

"Tanya pada Kelantan.

"Tanya pada DAP," katanya ringkas pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara di ibu kota hari ini.

PAS akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas dari 16 hingga 19 Mac bagi membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Bagaimanapun, perkara itu sehingga kini mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya dari Pakatan iaitu DAP.

Sebelum ini, Ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo memberi amaran bahawa PAS tidak akan dilihat sebagai sebahagian Pakatan jika parti itu membentangkan rang undang-undang tersebut.

Kenyataan itu dibidas balik oleh PAS apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyarankan DAP untuk keluar dari Pakatan sekiranya tidak selesa dengan perjuangan PAS untuk laksana hudud.

Lihat Komen
ADS