Presiden Mexico Enrique Pena Nieto mungkin terganggu dengan komen pengarah terbaik Anugerah Oscar Alejandro Gonzalez Inarritu sehingga menyebabkan beliau membuka mulut.

Menjawab kenyataan Inarritu selepas diumumkan sebagai pengarah terbaik, presiden republik itu berkata kerajaan sedang bekerja keras untuk memastikan peluang terbaik untuk rakyat Mexico.

Dalam anugerah yang disampaikan semalam, karya Inarritu, Birdman , menang besar dengan merangkul empat daripada sembilan pencalonan, termasuk filem terbaik.

Ketika ucapan penerimaan hadiah, beliau berkata mendedikasikan anugerah itu kepada rakyat negaranya Mexico dan “berdoa supaya kita dapat mencari dan membina kerajaan yang layak”.

Ulasan itu, walaupun tidak merujuk langsung, dipercayai merujuk kepada Pena Nieto, yang mana pentadbirannya sedang berdepan masalah ekonomi dan keganasan berkaitan kongsi gelap.

Pena Nieto menjawab pintar bahawa beliau bekerja untuk memastikan negaranya membolehkan “setiap individu menulis kejayaan peribadi mereka”.

Tewaskan 7 filem

Dalam anugerah Oscar ke-87 yang berlangsung di Teater Dolby Hollywood, Amerika Syarikat, Birdman mengalahkan tujuh filem lain iaitu American Sniper, Boyhood, The Grand Budapest Hotel, The Imitation Game, Selma, The Theory of Everything dan Whiplash .

Birdman, sebauh drama komedi hitam, mengisahkan seorang aktor bernama Riggan Thomson (lakonan Michael Keaton) yang terkenal dengan lakonannya sebagai ikon adiwira yang mempertahankan ego demi mendapatkan kehidupan lebih baik.

Pemenang-pemenang lain termasuk:

  • Eddie Redmayne ( The Theory of Everything ) -- Pelakon Lelaki Terbaik

 

  • Julianne Moore ( Still Alice ) -- Pelakon Wanita Terbaik
  •  

  • JK Simmons ( Whiplas ) -- pelakon pembantu lelaki terbaik
  •  

  • Patricia Arquette ( Boyhood ) -- pelakon pembantu wanita terbaik