Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demi derma, Dyana terbit foto di bilik tidur
Diterbitkan:  Mar 4, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 1:30 PM

Ingin tahu bagaimana rupa bintang muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud sejurus selepas bangun tidur, sila dapatkan majalah wanita antarabangsa Marie Claire .

Gambar hitam putih Dyana itu kini dipaparkan dalam sebuah edisinya berkaitan kempen hak wanita dan menolak keganasan rumah tangga.

Gambar itu memaparkan beliau sedang menggeliat di atas katil dengan memakai pakaian cerah berlengan panjang.

 

Kempen Wake Up To A Good Cause (Bangkit untuk Tujuan Baik) bertujuan untuk membantu Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Marie Claire akan menyumbang RM10 untuk setiap gambar yang dimuat naik di laman sosial bergambar Instagram.

Bagaimanapun, ia hendaklah ditandakan dengan tag #marieclairemalaysia dan #mcwakeup2agoodcause, menurut maklumat di Facebook Dyana.

'Tiada isu gambar di katil'

Dyana ketika dihubungi Malaysiakini menganggap idea selfie itu akan disambut baik masyarakat Malaysia.

“Tidak ada masalah dengan (kempen ini), saya yakin masyarakat kita lebih matang melihat bukan hanya sekadar katil, jika perhatian diberikan saya anggap kempen ini berjaya,” katanya.

Menegaskan “tiada isu” bergambar di ruang peribadi, beliau juga meminta orang ramai menumpukan kepada objektif kempen itu.

“Saya berharap dengan penyertaan wanita-wanita yang menakjubkan dalam kempen ini, lebih ramai sedar dan menyertai kami,” katanya.

Dyana, lahir dalam keluarga Umno dan mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), mencetuskan kontroversi selepas menyertai DAP, sebuah parti yang sering dikaitkan dengan label "chauvanis Cina".

Beliau kemudian berkhidmat sebagai setiausaha politik pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 31 Mei lalu, Dyana tewas kepada calon BN Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti tipis, 238 undi.

Lihat Komen
ADS