Kabinet yakin tiada salah laku dalam 1MDB
Kabinet yakin tiada salah laku dalam urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.
PMO berkata jemaah menteri mengambil maklum bahawa tuduhan terhadap 1MDB baru-baru ini berkaitan urus niaga pihak ketiga yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan nasional.
"Kabinet diberitahu bahawa tuduhan-tuduhan terkini terhadap 1MDB berkaitan urus niaga pihak ketiga seperti Petrosaudi, bukan 1MDB.
"Pelaburan 1MDB yang relevan telah dikembalikan sepenuhnya dengan keuntungan selepas audit yang berbaloi.
"Selepas menerima penjelasan daripada 1MDB dan Deloitte, kabinet menzahirkan keyakinan mereka bahawa tiada sebarang salah laku dibuat oleh 1MDB," kenyataan PMO dipetik.
Laporan itu akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

