Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran
Diterbitkan:  Mar 6, 2015 7:30 AM
Dikemaskini: 11:32 PM

Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Cenderawasih, dekat Lahad Datu semalam.

   

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Kamin berkata mangsa yang dikenali Bahrum Kama, 63, ditemui rentung di salah sebuah bilik rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

   

"Sebuah jentera bomba bersama tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

 

Apabila sampai di lokasi kejadian rumah berkenaan telah musnah terbakar berikutan jarak balai bomba terdekat dan lokasi kejadian itu dianggarkan 100 kilometer," katanya dalam satu kenyataan.

               

Mohd Affendy berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian.

- Bernama

Lihat Komen
ADS