Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dikenali sebagai kaki demonstrasi sejak era Reformasi, Naib Presiden PKR Tian Chua, seperti yang dijangkakan, akan menghadiri perhimpunan 'Kita Lawan' di luar pusat membeli belah Sogo di Kuala Lumpur esok.

Bagaimanapun, wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lain dikritik kerana tidak dapat menghadiri perhimpunan itu bagi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendesak perdana menteri meletak jawatan.

 
Ada di antara mereka yang memberi alasan tidak dapat hadir kerana ada urusan.
 
Mengelak daripada memperbesar-besarkan isu itu, Tian berkata ahli-ahli Parlimen yang ada kelapangan akan menyertainya dan tiada arahan parti yang mewajibkan mereka menghadiri demonstrasi itu.
 
"Rakyat rasa terpanggil untuk menyertai perhimpunan aman itu kerana mereka rasa ia penting sepertimana demonstrasi BERSIH dan Anti-ISA," katanya dalam sidang media di luar ibu pejabat parti itu hari ini.
 
MP Batu itu berkata banyak lagi perhimpunan akan diadakan pada masa akan datang dan sesiapa yang terlepas perhimpunan esok, boleh menyertainya perhimpunan yang akan datang.
 
"Saya pasti perhimpunan aman akan berterusan. Oleh itu, ia bukan satu masalah bagi ahli Parlimen yang tidak dapat hadir.
 
"Ia bukan wajib, tiada siapa yang bayar mereka atau arah mereka," katanya.
 
Tian Chua juga menegaskan bahawa ketika di jalanan, tidak ada gelaran seperti ahli Parlimen atau ADUN.
 

 

 
 
Lihat Komen
ADS