Khairy Jamaluddin menjadi menteri kabinet yang pertama tampil mempertahankan perdana menteri berhubung laporan New York Times mengenai gaya hidup mewah Datuk Seri Najib Abdul Razak dan keluarganya.

Bercakap pada satu dialog di New York baru-baru ini, beliau berkata artikel itu tidak seharusnya menjadi gangguan terhadap usaha transformasi jangka panjang kerajaan.

Menteri belia dan sukan itu menganggap laporan tersebut tidak lebih daripada satu "spekulasi".

Khairy berkata, sesetengah daripadanya hanya laporan (dengan) beberapa bukti dan pengesahan (seperti) cerita dalam New York Times yang mendapat respons dari Pejabat Perdana Menteri (PMO).

"Mengenai pembelian tertentu, ia adalah satu berita yang belum dibuktikan atau disahkan bahawa (itulah) kesnya.

"Saya fikir, melainkan itulah kesnya, anda tidak boleh mengulas lanjut mengenainya," katanya.

Khairy telah ditanya, sama ada kenyataan PMO bahawa ia "bukan luar biasa" bagi seseorang dalam kedudukan Najib untuk mempunyai gaya hidup seumpama itu dan bahawa beliau menerima "harta pusaka keluarganya", bercanggah dengan dakwaan transformasi kerajaan.

Beliau juga ditanya sama ada kenyataan oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengenai perkhidmatan mendandan rambut yang berharga RM1,200 telah menjejaskan usaha kerajaan itu.

Khairy berkata kenyataan Rosmah dibuat secara 'spontan' dan bahawa teras mesej itu ialah mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan pada 1 April.

"Program transformasi kerajaan, sama ada ianya mengenai pendidikan, ekonomi atau peluang pekerjaan peluang, tidak bergantung kepada artikel New York Times itu dan ia sudah tentu tidak bergantung kepada satu kenyataan spontan oleh isteri perdana menteri," katanya.

[Baca berita penuh/asal]