Utusan: Langkah PM gambarkan ketelusan
Diterbitkan: Mar 8, 2015 12:57 PM | Dikemas kini: Mar 8, 2015 1:00 PM
Langkah perdana menteri mengarahkan Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah langkah positif dan menggambarkan ketelusan.
Utusan Malaysia, melalui ruangan Awang Selamat, hari ini turut memuji tindakan Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan tindakan undang-undang akan dikuatkuasakan jika terbukti ada salah laku berkaitan 1MDB.
“Awang melihat ketelusan Najib walaupun kabinet yakin bahawa tidak ada salah laku dalam 1MDB sebagaimana pengesahan Deloitte.
“(Najib) tetap memberi ruang kepada pemeriksaan dan semakan ke atas syarikat pembangunan strategik itu atas nama integriti demi kepentingan umum,” tulis Awang Selamat, suara rasmi akhbar Umno itu.

