Motor gesel sama sendiri, 3 rakan maut
Diterbitkan: Mar 8, 2015 7:43 PM | Dikemas kini: Mar 8, 2015 7:46 PM
Tiga rakan sekampung maut apabila motosikal mereka bergesel antara satu sama lain di Jalan Rasau, Pendang semalam.
Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Abdul Aziz Ahmad berkata mereka dikenali sebagai Mohd Riduan Mohd Rafi, Syazwan Ahmad yang masing-masing berumur 16 tahun dan Muhammad Zainuddin Abdullah, 15.
Mohd Riduan dan Syazwan meninggal di tempat kejadian manakala Muhamad Zainuddin meninggal dalam perjalanan ke hospital.
Beliau berkata dalam kejadian 7 malam itu, ketiga-tiganya dalam perjalanan untuk bersiar-siar sebelum tiga motosikal mereka bergesel antara satu sama lain.
Jenazah ketiga-tiganya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk dibedah siasat.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.